Wednesday, August 19, 2009

BEKALAN PUASA

Sifat Ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat yang merupakan rahsa antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

Prihatin dan Belas Kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakar fitrah pada bula ini untuk menguatkan lagi perasaan tersbut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

Membuka Hijab Antara Diri Dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.
Mengenali Erti Kejayaan Sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kajayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kajayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

Rasa Belas dan Lemah Lembut
Rasulullah S.A.W. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata "Aku berpuasa!" Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap lapang

Memperkukuhkan Kesatuan Umat
Orang Islam diseluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi

Merapatkan Hubungan Dengan Alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

Menjaga Masa
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment