Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Ulang Chorus
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan
Thursday, June 10, 2010
Wednesday, September 16, 2009
Wednesday, August 19, 2009
CERITA BABI
Sepertimana diketahui umum,Islam telah mengharamkan babi dan telah dikategori sebagai Najis Mughallazah iaitu najis berat.Umat Islam juga diharamkan daripada menyentuh babi apatah lagi memakannya.
Mengenai babi ini juga,para ulama telah bersepakat bahawa daging babi ini haram dan tidak boleh dimakan sekalipun diproses dan dibersihkan dengan penggunaan teknologi terkini yang dianggap boleh menghapuskan kuman dan bakterianya.
Di sini,salah seorang Ulama' yang terkemuka telah memberikan kita penjelasan mengenai pengharaman babi ini.
Pada suatu ketika, Imam Muhammad Abduh mengunjungi negara Perancis. Imam Muhammad Abduh adalah seorang tokoh besar dalam perjuangan dan dakwah Islamiah. Sewaktu berada di Perancis, masyarakat di sana bertanyakan beliau tentang mengapa dan rahsia pengharaman babi atau khinzir dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam Muhammad Abduh, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram kerana ia memakan benda kotor yang mengandungi cacing,kuman dan bakteria-bakteria yang lain.Hal itu sekarang ini sudah tidak ada lagi kerana babi diternak melalui kaedah penternakan moden dengan kebersihan yang terjamin dan proses strelilisasi yang mencukupi.Bagaimana mungkin babi-babi itu terkena jangkitan cacing,kuman dan bakteria?"
Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu. Dengan kebijaksanaannya, beliau meminta mereka membawa dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, dan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mengetahui hal itu,
mereka bertanya,"Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab,"Penuhi apa yang saya pinta, maka saya akan memberikan jawapan dan suatu rahsia."
Lalu mereka pun memenuhi permintaan Imam Muhammad Abduh. Kemudian beliau memerintahkan agar dua ekor ayam jantan dengan seekor ayam betina dilepaskan dalam satu kandang.Kedua ayam jantan itu lantas berkelahi dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri sehingga salah seekornya hampir tewas. Imam Muhammad Abduh lalu memerintahkan kedua ekor ayam itu dikurung kembali.
Kemudian, beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama seekor babi betina pula. Kali ini mereka menyaksikan satu keanehan.Salah seekor babi jantan itu membantu seekor lagi babi jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya (nafsu syahwat) tanpa rasa cemburu,tanpa harga diri atau keinginan untuk memjaga babi betina dari menjadi mangsa teman sejenisnya.
Melihat hal yang demikian, Imam Muhammad Abduh berkata,"Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya.Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalangan kamu melihat isterinya bersama lelaki lain membiarkannya tanpa rasa cemburu."Seorang bapa di antara kamu melihat anak perempuannya bersama lelaki asing (bukan mahram) dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu atau marah.Ini kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya kepada orang yang memakannya."
Imam Muhammad Abduh dengan cara yang tersendiri telah memperlihatkan kepada masyarakat Barat bagaimana istimewanya hukum yang telah ditetapkan dalam Islam.Ia semata-mata untuk kebaikan dan kesejahteraan bukan sahaja umat Islam,tetapi juga untuk seluruh alam ini.

SEBUAH PERTEMUAN
ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan
bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan
tikaku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNya mengatasi segala
menitis airmataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan
cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihMu oh Tuhan
titisan airmata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati
yang dulu resah kaliru
cintaku takkan pudar
diuji dugaan
mengharum dalam harapan
mogakan kesampaian kepada Tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina
menitis airmata ku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan
syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekatinya
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajarku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi
tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihMu Tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama teman....

SAYANG....
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:
"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam
majalah tentang bagaimana memperk! uatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia
menunduk dan menangis ...
p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.

PENIPU
" Pada satu masa dulu yang tak tau bila ada la tinggal satu keluarga yang terdiri daripada 3 orang, bapak, emak dan anak lelaki mereka yang selalu saja rileks kerjanya.
Adapun masalah sebenar mereka adalah mereka ini suka sangat bercakap bohong, malah boleh kata macam hobi pulak. Sehari kalau tak menipu memang terasa tak lengkap hidup. Memang tak lalu makanlah.
Maka pada satu hari, ditakdirkan isteri lelaki terbabit meninggal dunia. Mati tanpa sebab, tetiba jer. Maka beritahulah sibapa kepada anaknya.
"Kau pergilah bagitau kat Imam dan orang2 kampung berita sedih ini, untung untung ada orang boleh tolong.. aku tak boleh pergi sebab kaki aku sakit...
"Si anak yang memang tau bapak dia menipu hanya mengangguk. Dia berlalu pergi.Setelah berita itu di sampaikan kpd orang kampung maka tiada seorang pun yang percaya akan berita yang disampaikan. Mana taknya itu bukan kali pertama berita semacam itu didengar.
Maka pulanglah si anak dengan wajah yang hiba. Berita itu disampaikan kepada si ayah.Si bapak dengan wajah yang kesal akhirnya bersuara. "Aku ingat sudah sampai masanya kita berubah... tak boleh menipu lagilah.
Pagi esok kau ikut aku, kita pergi ke lubuk kat hujung kampung sana, aku semalam bermimpi dan diberitahu bahawa sesapa yg nak buang sikap buruk, dia kenalah buktikan dengan terjun dan campakkan sifat buruk dia jauh ke dalam lubuk. Camna?"Si anak hanya mengangguk sahaja kerana tiada lah ia mampu menandingi skill menipu bapaknya yang memang luarbiasa itu.
Pagi keesokan harinya, setelah jenazah diuruskan, mereka bergerak ke lubuk misteri seperti yang dirancang.Setelah sampai berkata si bapak dalam hatinya. "Ini kalau aku terjun dulu ni mahu lemas dan hilang macam tu saja, ish bahaya ni..."
Lalu dia bersuara, "Leman (nama anak dia ler)...kau terjun dulu biar aku berkawal, kat sini memang keras, org berpengalaman macam aku jer yg boleh mengawal keadaan dan keselamatan dgn baik".
Si anak tanpa membuang masa terus saja terjun ke dalam lubuk sambil si bapak menunggu. Seminit...Dua minit... tiga minit...Si bapa mengeluh. "Dah mati ke budak ni?. Lama betul..."
Pada masa yang sama sebenarnya si anak sedang bertarung dengan nyawanya di bawah permukaan air. Sebaik sahaja terjun kakinya telah tersangkut di akar pokok dan dia tidak dapat menimbulkan dirinya kembali. Sudah tentulah setelah berlaku tarik menarik akhirnya dia berjaya lalu timbul di permukaan air.
"Apa yang kau buat lama sangat kat bawah tu?" tanya si bapak kehairanan. "Huh, mau nya tak lama pak, kat bawah tu macam2 ada, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan. Semuanya free belaka. Ada nasi goreng, roti canai, Kenny Rogers dan macam macam lagi. Kalau tak teringatkan bapak sorang sorang kat sini saya ingat dah tak nak naik lagi dah.."jelas anaknya dengan penuh penghayatan.
Cerita si anak tadi telah menyebabkan asid di dalam perut dibapak tadi mengeleggak. "Dari semalam tak makan, ini kira best giler dah ni, baik aku terjun.."nekad si bapak. Dush...si bapak tadi terjun ke dlm lubuk kepala dulu dengan kecepatan yang tak boleh dijelaskan. Kepalanya terhantuk dengan batu dan berdarah teruk. Tak sampai seminit dia timbul kembali. Si anak bertanya, "Bapak, apa yang telah berlaku?"
Bapak dengan selamba menjawab "Tu la hang, lain kali kalau nak makan bayar laa.. tak pasal2 aku kena belasah sebab hang makan dan minum pas tu tak bayar..."

IBU TERISTIMEWA
Ibu umpama lilin yang membakar diri. Menerangi hidup kita dengan segala kesusahan dan keperitan. Menanggung kepayahan selama sembilan bulan dan kesakitan ketika melahirkan. Kerana kasih sayang ibulah, kita lahir ke dunia fana ini.
Tanpa ibu mungkin kita tidak bernama. Tidak mungkin kita ketawa dan menangis. Tanpa ibu tidak mungkin kita mengecapi segala kesenangan dan kejayaan. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan ibu yang tidak ternilai.Dalam kehidupan kita sebagai anak, ibu memainkan peranan yang penting. Sebagai anak, syurga terletak dibawah telapak kakinya. Dalam Islam, seseorang anak tidak boleh menderhaka kepada ibunya walaupun dengan berkata 'uhh'. Di sini, kita dapat menilai betapa penting dan mulianya seseorang yang bergelar ibu dalam hidup kita sebagai anak.
Menurut Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff, Eksekutif Zakat di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, ibu merupakan insan yang paling penting dalam hidup seseorang. Sebagai anak, kita hendaklah berbakti taat kepada kedua-dua ibu bapa dan menjadi satu kewajipan pada anak-anak. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. "ummu, ummu, ummu dan yang terakhir barulah abbun."
Ini bermakna dalam hadith menyatakan bahawa, kedudukan ibu amat istimewa melebihi bapa. Ini kerana ibulah yang mengandung, melahirkan dan orang yang paling dekat dengan anak-anak sejak dari bayi sehingga dewasa. Ibulah yang banyak memberi perhatian dan mengasuh kita. Dengan ini, doa ibu lebih maqbul dan mabrur atas sebab kedudukan dan kelebihan ibu yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Ustaz Haji Ahmad Shukri menyatakan bahawa, doa ibu adalah mustajab. Ini bermakna sesuatu perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah satu doa untuk anak-anaknya. Oleh itu, seseorang ibu hendaklah mengawal setiap tutur katanya supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk.
Jika seseorang ibu mengeluarkan kata-kata yang kesat atau makian tetapi bukan bermaksud demikian, ibu hendaklah beristighfar dan menarik balik kata-kata tersebut supaya ia tidak memberi kesan kepada anak-anaknya kelak. Tetapi malanglah bagi anak-anak yang mana ibunya sengaja mengeluarkan kata-kata tersebut kerana geram atau sakit hati dengan perangai anak-anaknya. Dalam konteks ini, kemungkinan kata-kata itu akan diterima Allah kerana kata-kata yang keluar dari mulut ibu itu adalah satu doa.
Justeru itu, diingatkan kepada semua ibu bahawa jika marah atau benci kepada anak-anak sekalipun, janganlah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik didengar. Nak marah macam mana sekalipun, terutama pada anak biarlah kita berwaspada. Janganlah berdendam dan disimpan dalam hati. Hal ini bukan sahaja ditujukan pada ibu atau anak tetapi pada sesiapa sahaja. Ia bukan sahaja tidak baik tetapi akan memberikan kesan yang amat buruk baik pada individu itu sendiri ataupun masyarakat sekeliling.
Menurut Ustaz Ahmad Shukri lagi, jika ada anak-anak yang berperangai tidak baik dan melampaui
batas, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting yang mana tugas ibu bapa adalah mendidik. Mendidik disini bukan sahaja memberi nasihat dan tunjuk ajar, tetapi juga hendaklah memberi teguran dengan cara baik bukan mengeluarkan kata-kata kasar, sumpah serana, makian dan sebagainya. Itu bukan cara mendidik anak-anak.
Pendidikan di sini adalah di mana kita mengasuh dan mencegah anak-anak supaya jangan melakukan perkara-perkara yang tidak baik dengan cara elok, bukan dengan makian atau sumpah seranah. Itu adalah tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Jika ibu bapa mendidik dengan cara yang baik, maka eloklah jadinya tetapi pula jika tidak baik akan jadi sebaliknya pula.
Bagi anak-anak yang mendapat ibu bermulut celupar dan suka memaki hamun anak, sedangkan si anak tidak pernah membantah atau bercakap kasar dengan ibunya dan hanya mampu menangis sahaja dengan sikap ibunya, si anak mestilah bersabar dan banyak berdoa kepad Allah supaya ibunya berubah. Janganlah si anak menjawab atau sebagainya dengan tujuan untuk membalas, maka lain pula jadinya dan perkara ini tidak akan selesai. Dalam hal ini, semuanya bergantung pada nasib manusia, ada anak yang mendapat ibu bapa penyayang atau sebaliknya. Justeru itu, si anak mestilah tahu menggunakan pendekatan dan berusaha supaya ibunya akan berubah suatu hari nanti," kata Ustaz Shukri.
Ustaz Ahmad Shukri menambah lagi, bahawa kita hidup di dunia ini umpama pusingan roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang di bawah. Begitu juga dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah. Jika ibu bapa kita pada zaman mudanya pernah menderhaka kepada kedua ibu bapanya, tidak mustahil anak-anaknya suatu hari nanti akan turut menderhakai mereka pula.
"Sebenarnya, hubungan kita dengan ibu adalah hubungan yang begitu dekat. Sebab itulah Allah S.W.T. memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan berbuat baik kepada kedua orang tua kita. Tuhan itu maha Adil. jika ibu bapa kita pernah menderhakai kepada orang tuanya dulu, Allah akan membalasnya di dunia lagi supaya dia dapat merasa, betapa sakitnya hati dengan perlakuan si anak sebagaimana kedua-dua orang tuanya rasai dahulu," kata Ustaz Shukri lagi.
Oleh itu apabila kita sedar bahawa kita pernah menderhakai ibu bapa, jadi kita hendaklah segera memohon ampun dan maaf atas kesalahan yang dilakukan. Sebab hukuman menderhaka kepada ibu bapa ini sangat berat. Pernah terjadi pada zaman sahabat dahulu yang mana sahabat itu sukar meninggal dunia walaupun amal ibadahnya banyak.
"Selepas Rasulullah s.a.w. mendapat tahu bahawa hubungan sahabat dengan ibunya tidak baik, lalu
Rasulullah mencari ibunya. Barulah baginda dapat tahu bahawa ibunya tidak meredhai anaknya.
Rasulullah akhirnya ingin membakar sahaja sahabat itu sebab ibunya tidak meredhainya sebelum Allah membakarnya di dalam api neraka, lalu ibunya pun meredhai kesalahan anaknya itu.
Akhirnya sahabat itu dapat mengucap kalimah syahadah dengan baik dan meninggal dunia dengan sempurna. Rasulullah mengucapkan kesyukuran kerana sahabat itu di bebaskan dari neraka Allah. Ertinya di sini, kalau sahabat itu tidak mendapat kemaafan daripada ibunya bermakna sahabat itu akan dimasukkan ke dalam api neraka. Jadi di sini, kita lihat betapa besarnya kedudukan ibu pada anak," cerita Ustaz Shukri panjang lebar.
Menurut Ustaz Shukri, masyarakat kita pada hari ini suka sangat untuk memutuskan tali silaturahim
kerana kecewa dengan sikap anak-anak. Sebagai ibu kita hendaklah melepaskan amarah kita bertempat, bukan main ikut sedap hati sahaja sehingga sanggup tidak mengaku anak. Sikap seperti ini boleh memutuskan silaturahim dan ditegah dalam agama sama sekali.
Menurut Ustaz Shukri, terdapat juga anak-anak yang berjaya tetapi lupa akan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya. Hal ini juga disebut penderhakaan terhadap ibu bapa dan akan dibalas dengan azab Allah. Sebagai anak, kita mestilah sedar akan asal usul kita bahawa kejayaan kita pada hari ini adalah hasil berkat doa dan dorongan kedua-dua ibu bapa kita dahulu.
Oleh itu, kita hendaklah memberi nafkah kepada kedua ibu bapa kita kerana ia adalah sesuatu yang baik. Kita hendaklah menyara hidup ibu bapa sebagai membalas jasanya supaya mereka mendapat kesenangan dan kebahagiaan daripada kita. Jangan biarkan ibu bapa merempat dengan meminta simpati daripada orang lain.
Jika kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa, itu merupakan amal soleh yang boleh menghapuskan dosa kita. Sebab itu, dalam Islam ada mengatakan bahawa apabila kita melihat muka kedua ibu bapa kita dengan rasa penuh belas ehsan, ia merupakan satu ibadah dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Orang-orang seperti itu akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T.
"Kita hendaklah berterusan berbuat baik kepada ibu bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia.
Jika kita kenal kawan-kawan baik atau saudara-mara yang ibu bapa kita suka, kita hendaklah mencari dan berbuat baik dengan mereka sebagai membalas jasa ibu bapa kita.
"Selain itu, kita hendaklah menunaikan nazar atau kewajipannya yang tidak kesampaian seperti haji ataupun menggantikan puasanya. Kita juga hemdaklah memohon keampunan kepada Allah S.W.T supaya menghapuskan segala dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Sebagai anak kita hendaklah menziarahi kuburnya, menyedekahkan Al-Fatihah dan Yasin untuk kesejahteraan mereka di sana.
"Sepertimana dalam maksud hadith, sesiapa yang menziarahi kubur kedua orang tuanya atau salah seorang daripadanya terutama pada hari Jumaat, nescaya Allah akan ampunkan segala dosa-dosanya. Apa yang pasti, dalam Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita amatlah dituntut dan diberi ganjaran pahala," kata Ustaz Ahmad Shukri mengakhiri perbualan.

Subscribe to:
Posts (Atom)