Tuesday, July 6, 2010

FAHAMILAH CINTA

BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai. Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.

Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu. Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya.

Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu. Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal hatimu masih padanya.

Sunday, July 4, 2010

RINDUKU AISHAH

Di hujung rindu
dengarkanlah qasidah yg dahulu
agar aishah tak rasa jemu
ingat pada ku.. cinta dulu

Di sempadan senja
cinta aishah mula bertakhta
bersemadi di rimba jiwa
dengan rasa hening duka

Cinta dibuai mimpi
meresap dalam diri
dengan kata yang suci
ia sedang terjadi

Ingin ku buktikan
walaupun di balik awan
kasihku yg dulu.. bersemi lagi

Di kemuncak rindu yg mencangkam
airmata jatuh berlinangan
bertemankan rembulan mengambang

YA ALLAH... Kau jagalah dia...

moga dirimu sentiasa bahagia

DI SAAT KU BERSEDIH... KAU DENDANGKAN LAGU INI.. TIKA ITU, AKU TAHU HANYA KAU UNTUKKU

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengaRkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengaRkan aku